Sunday 30 August 2009

Usrah DPPKS 14 Julai 2009

Surah bacaan :

Surah Al-Baqarah Ayat 177 hingga 200

Maksud ayat: Puasa, Qisas, Haji dsb

Hukum tajwid :
- Cara menyebut perkataan Allah
- Mematikan huruf yang hidup

Pembentangan

1)Tafsir surah An-Nisa’ ayat 142 hingga 143

Kisah tentang munafik
Umpama lidah bercabang, ada 2 terowong,dsb.
Orang munafik malas ntuk solat. Untuk menunjuk-nunjuk.
Orang munafik tidak akan solat jika tiada orang mukmin.
Orang munafik berat untuk solat isyak dan subuh.
Membina masjid untuk kemudaratan orang lain. Memecah belahkan umat Islam.
Tidak ada pendirian yang tetap. Antara kufur dengan iman.

Beza antara munafik dengan riak:
munafik :
- menzahirkan keimanan menyembunyikan kekufuran/kebatilan.
- tidak boleh dibuat
riak :
- sesuatu yang tiada dalam diri.
: Kadang2 boleh dibuat, cth smsa bersedekah.


2) Iktikaf latihan bersunyian menuju alam kubur.



Pandangan ahli usrah

Jemaah tabligh lebih hebat dalam isu iktikaf di masjid.

Solat Subuh dan Isyak menjadi pembeza antara munafik dan orang beriman.

Solat subuh dan Isyak mesti menjadi kayu pengukur bagi seorang pejuang.

Munafik :
- zahir tidak sama seperti batinnya
- cakap tidak serupa bikin

- Munafik lahir bermula di Madinah. Di saat Islam mula memuncak.
- Peristiwa masjid Dhirar - dalam surah Ataubah
- Antara faktor Surah At-Taubah tidak dimulakan dengan Bismillah krn ia diturunkan dalam murka Allah.
- Istilah dalam akidah, munafik adalah kafir. Dalam neraka lebih teruk tempatnya daripada orang kafir.


Ciri2 munafik :
- Bercakap tapi tidak benar
- Berjanji tapi tidak ditepati
- Amanah tidak dilaksanakan

Semak diri : beza kita solat sendiri dgn solat di hadapan orang lain.

Hukum solat jenazah orang munafik - HARAM
- Pejuang mesti bimbang takut2 kita jadi sebagai munafik.

Munafik dalam jemaah:
- atas pagar (baina-baina)
- pemecah belah

Tips bangun solat subuh:
- Niat untuk bangun solat subuh.
- Tidur awal
- Kunci jam


Penggulungan Naqib

1) Munafik tidak tetap pendirian
- Ramai yang berjuang Islam hari ini tapi menentang Islam esoknya.
- Solat dalam keadaan riak, tidak ikhlas, antara solat dgn menunjuk2.
- Munafik lahir dengan kekuasaan. Jika Islam dapat kuasa, maka munafik akan lahir.
- Rasulullah tidak pernah membasmi munafik. Hikmahnya; Munafik dilihat sebagai sahabat

Solat merupakan satu cara untuk menetapkan pendirian dalam pejuangan.

Jika mau bebas daripada nifak dan api neraka - solat subuh dan isyak dengan takbiratul ula sebanyak 40 hari.

Gunakan jalan dakwah terhadap musuh bukan jalan hukum. Mensasarkan matlamat dakwah yang jauh.




Tuesday 11 August 2009

Usrah DPPKS 7 Ogos 2009

Surah Bacaan

Al-Mukminun : Ayat 1 hingga 17
Hukum tajwid : Qalqalah dan Mad Arid Lissukun

Pembentangan

Hadis Nabawiyyah (Kenapa doa ditolak)

3 jenis doa mustajab:
- Doa orang yang dianiaya
- Doa orang yang bermusafir
- Doa bapa kepada anaknya

>>> Tapi boleh tertolak jika ada darah daging yang haram dalam badan kita.
>>> Jika ada perselisihan/pertembungan antara halal dan haram, itulah syubhat.
>>> Orang yang betul-betul menjaga agamanya, mereka akan meninggalkan perkara syubhat

ISA isu utama kempen pilihanraya ke 13

Akta drakonian


Pendapat Ahli Usrah

Dalam surah al-mukminun Allah promosi syurga firdaus

Ciri2 orang beriman:
- solat khusyuk
- tidak melakukan perkara sia-sia
- menjaga kemaluannya
- menunaikan zakat
- menjaga amanah

Jika mahu kenal Allah, kenal diri kita dulu. Allah mengajar kita mengenal diri kita dalam surah al-mukminun. Kejadian manusia sangat unik. Dalam air mani ada banyak/berjuta sel tapi hanya satu yang terpilih. Paling banyak pun 8 sel saja.

Makanan haram merangkumi sumbernya, zahirnya, cara disediakan dsb.

Hukum makan dan minum adalah harus.

Pandangan masyarakat; "serve no pork" adalah halal dan boleh dimakan walaupun terdapat di kedai-kedai cina.

Boleh jadi haram:
- Roti telur; telurnya tidak dicuci, najis,
- Kuetiaw tiada di sandakan
- Cara kita mencucui makanan; air mutlak atau air ???
- Barang-barang meragukan; taugeh

Kita mesti sentiasa boikot barang-barang yahudi dan sekutunya.

Kalau mau jaga hati; jaga mata, air tangan orang yang masak perlu diperhatikan juga.

ISA ada ciri zalim, pelaksanaan zalim.

KPI seorang pejuang: ditangkap, dipenjara, dibuang dsb.


Penggulungan Naqib

Mencari
yang halal adalah suatu kewajipan:
- makanan yang dipilih; zat dan sifatnya
- elakkan tempat-tempat yang syubhah
- elakkan sumber-sumber yang syubhah
- mendedahkan kepada fitnah adalah haram
- lemak babi dalam makanan. Dalam bentuk kod E....

Zakat boleh dikeluarkan kepada ketua dalam perjuangan untuk dislurkan kepada perjuangan itu.

Jika mahu menjaga makanan, jangan sampai menyeksa diri. Ambil jalan sederhana.

ISA menurut Islam, akal, demokrasi adalah
HARAM.

Demokrasi tiadak semua ditentang:
- demokrasi memilih pemimpin adalah syar'ie
- demokrasi melahirkan perundangan; itulah yang perlu dibaiki.

Merokok sudah difatwakan
HARAM sejak 1995.


Saturday 1 August 2009

Usrah DPPKS 24 Julai 2009

Pendapat Ahli Usrah

Dilarang kita menghina ibu bapa orang lain. Ia adalah seumpama kita menghina ibu bapa sendiri. Dalilnya, apabila kita menghina ibu bapa orang lain, mereka akan mencela kita kembali. Begitulah juga analoginya seperti agama Islam.

Tanpa kita sedari, diri kita dan ahli keluarga kita sendiri menghina Islam. Contohnya, tidak mendirikan solat dan sebagainya.

Tarikh berlakunya Israk dan Mikraj menjadi pertikaian ulama'. Perselisihan tarikh ini adalah tidak penting, yang penting adalah keimanan kita terhadap berlakunya Israk dan Mikraj itu.

Solat merupakan penyelesaian kepada semua masalah dan kemungkaran yang berlaku di muka bumi Allah. Dalam solat manusia diajar daripada pelbagai segi. Termasuk Iktikad kita, kesihatan dan macam-macam lagi.

Iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj; Palestin @ baitul maqdis akan menjadi ibu negara umat Islam seluruh dunia. Atas faktor inilah, Yahudi laknatullah berusaha 'melengahkan" peristiwa ini denga mengadakan banyak siri peperangan di sini.


Penggulungan Naqib

Di dalam al-quran banyak diceritakan tentang menghina (mengata) tuhan-tuhan selain Allah. Boleh menghina agama lain dengan syarat sebagai petunjuk atau penjelasan kepada suatu isu dan keadaan.

Penghinaan yang dilarang ialah jika bakal menimbulkan kemarahan orang kasfir. Contohnya, menghina kitab suci agama lain, menhina rumah-rumah ibadat mereka, kotorkan rumah ibadat mereka dan sebagainya.

Tidak boleh menghina secara keseluruhannay agama seseorang, tapi boleh menghina atas kapasiti individu tapi dengan tujuan untuk membela Islam. Boleh menghina jika dizalimi

Contoh dalam Al-Quran; Allah menghina Abu Lahab dalam Suarh Al-Masad.

Hikmah ulama' berselisih tentang tarikh berlakunya Israk dan Mikraj ialah menunjukkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan Para Salafussoleh tidak menyambut Israk dan Mikraj sebagai perayaan dalam Islam. Sama seperti hikmahanya ulama' berselisih tentang berlauknay tarikh kealahiaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Israk dan Mikraj mengajar kita tentang peri pentingnya bersoalat Jemaah di Masjid.

Saturday 18 July 2009

10 Rukun Bai'ah

1. Al-FAHM

Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.

Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

2. AL-IKHLAS

Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

3. AL-AMAL

Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD

Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH

Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.

7. AT-TSABAT

Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD

At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

9. AL-UKHUWWAH

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-TSIQAH

Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat. Sumber: jalajuangwordpress