Saturday 1 August 2009

Usrah DPPKS 24 Julai 2009

Pendapat Ahli Usrah

Dilarang kita menghina ibu bapa orang lain. Ia adalah seumpama kita menghina ibu bapa sendiri. Dalilnya, apabila kita menghina ibu bapa orang lain, mereka akan mencela kita kembali. Begitulah juga analoginya seperti agama Islam.

Tanpa kita sedari, diri kita dan ahli keluarga kita sendiri menghina Islam. Contohnya, tidak mendirikan solat dan sebagainya.

Tarikh berlakunya Israk dan Mikraj menjadi pertikaian ulama'. Perselisihan tarikh ini adalah tidak penting, yang penting adalah keimanan kita terhadap berlakunya Israk dan Mikraj itu.

Solat merupakan penyelesaian kepada semua masalah dan kemungkaran yang berlaku di muka bumi Allah. Dalam solat manusia diajar daripada pelbagai segi. Termasuk Iktikad kita, kesihatan dan macam-macam lagi.

Iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj; Palestin @ baitul maqdis akan menjadi ibu negara umat Islam seluruh dunia. Atas faktor inilah, Yahudi laknatullah berusaha 'melengahkan" peristiwa ini denga mengadakan banyak siri peperangan di sini.


Penggulungan Naqib

Di dalam al-quran banyak diceritakan tentang menghina (mengata) tuhan-tuhan selain Allah. Boleh menghina agama lain dengan syarat sebagai petunjuk atau penjelasan kepada suatu isu dan keadaan.

Penghinaan yang dilarang ialah jika bakal menimbulkan kemarahan orang kasfir. Contohnya, menghina kitab suci agama lain, menhina rumah-rumah ibadat mereka, kotorkan rumah ibadat mereka dan sebagainya.

Tidak boleh menghina secara keseluruhannay agama seseorang, tapi boleh menghina atas kapasiti individu tapi dengan tujuan untuk membela Islam. Boleh menghina jika dizalimi

Contoh dalam Al-Quran; Allah menghina Abu Lahab dalam Suarh Al-Masad.

Hikmah ulama' berselisih tentang tarikh berlakunya Israk dan Mikraj ialah menunjukkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan Para Salafussoleh tidak menyambut Israk dan Mikraj sebagai perayaan dalam Islam. Sama seperti hikmahanya ulama' berselisih tentang berlauknay tarikh kealahiaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Israk dan Mikraj mengajar kita tentang peri pentingnya bersoalat Jemaah di Masjid.

No comments:

Post a Comment